
Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato' Seri Louis Ng, Public Gold telah berkembang menjadi peneraju pasaran dalam perdagangan emas, dipercayai oleh lebih 2 juta pelanggan di seluruh dunia. Dengan rangkaian 27 pusat perkhidmatan fizikal di seluruh dunia, kami berdiri teguh sebagai jenama emas pilihan rakyat dengan menyediakan khidmat yang cekap, pantas dan diyakini.
Sebagai perintis dalam industri logam berharga, Public Gold terkenal dengan perkhidmatan bertaraf anugerah serta dedikasi terhadap kredibiliti, kecemerlangan dan inovasi. Public Gold merupakan pilihan utama rakyat Malaysia untuk simpanan emas. Public Gold juga menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas secara menyeluruh, termasuk perlombongan dan penapisan emas, bagi memastikan setiap langkah proses memenuhi piawaian kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi.